Puasa Ramadhan 

Puasa dari arti bahasa dimaksudkan
menahan diri terhadap sesuatu. dari segi istilah lain yaitu menahan diri dari melakukan hal yang membatalkan
puasa yang dimulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang di sertakan
dengan niat. Puasa juga merupakan salah satu Rukun Islam ke 4 yang wajib
ditunaikan oleh setiap umat Muslim pada bulan Ramadhan.
Puasa
pada bulan Ramadhan difardhukan
kepada setiap individu Muslim
dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan
dalam perjalanan (musafir)
sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi
wajib mengqadhanya pada hari
dan bulan yang lain.
Puasa
menurut Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah
membagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
- Puasanya orang biasa (shaum al-'umum): menahan diri dari hal yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
- Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
- Puasanya orang istimewa, (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', yaitu tidak terlalu memikirkan hal keduniaan.
Firman Allah swt dalam al quran :
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى
الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Artinya : “ Wahai
orang-orang yang beriman telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah
diwajibkan atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang
yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Hukum
Berpuasa
Berpuasa pada bulan
ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam ke 4. Syariat ini diturunkan
kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya wajiblah
ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah
dan puasa nazar.
Rukun
Puasa
Niat
a)
Lafaz
niat puasa fardhu Ramadhan :
نويت
صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Ertinya
: Sengaja aku puasa besok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana
Allah swt.
b)Menahan diri daripada makan &
minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga
terbenam matahari.
Syarat
Wajib Puasa
a) Islam
b) Baligh
c) Berakal
d) Sehat/ Mampu berpuasa / berupaya
e) Bermukim
Hal yang membatalkan puasa
a).Makan atau minum dengan sengaja
b) Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh pada siang hari
e) Keluar mani dengan sengaja
f) Keluar darah haid
g) Nifas atau wiladah
h) Gila
i) pingsan sepanjang hari
j) Murtad
b) Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh pada siang hari
e) Keluar mani dengan sengaja
f) Keluar darah haid
g) Nifas atau wiladah
h) Gila
i) pingsan sepanjang hari
j) Murtad
Adap Berpuasa
·
Membaca
Al-Quran
·
Bersedekah
·
Melewatkan
bersahur
·
Menyegerakan
berbuka
·
Membaca
doa ketika berbuka
·
Mulaikan
berbuka dengan buah atau makanan manis
·
Mendirikan
sholat sunat tarawih
Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda, “Allah berfirman: Semua amal
anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan
Akulah yang akan membalasnya. Puasa adalah perisai. Apabila suatu hari salah
seorang dari kalian sedang berpuasa maka janganlah dia mengucapkan kata-kata
kotor ataupun berteriak-teriak. Apabila ada orang yang mencaci-maki dirinya
atau memeranginya maka ucapkanlah; Aku sedang puasa, Demi tuhan yang jiwa Muhammad berada di
tangan-Nya sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah
daripada harum kasturi.
Seorang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan; ketika berbuka puasa
maka dia merasa senang, dan ketika berjumpa dengan Rabbnya maka dia pun merasa
senang dengan puasanya.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Ringkasan dari kitab Shifat Shaum Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada Ramadhan karya Syaikh
Salim bin Ied al-Hilali dan Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid.
Brunei Darusalam Juni
2016
Wassalam, Sujasmir
Hamid
alhamdulillah..
BalasHapusbarokah...
BalasHapus